I made this widget at MyFlashFetish.com.

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA..NANTI DIAMBIL ORANG..

Sunday, March 27, 2011

KISAH PERIGI BUTA

Pada suatu ketika di Jopun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya. Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat ceweret sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tidak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua.......
Oda mulai merasa sepi juga kerana tidak biasa dengan kesunyian.

Sepuluh minit ketiga kemudian......
Dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya.. Tetapi, makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik?!!"

Lantas makhluk itu dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia..dah lah cakap sekuat-kuatnya, ceweret pulak tu..."

kaHkaHkAhhhhh.......

the moral of the story: hargailah isteri anda walaupun dia ceweret..hahahahahaha
and..janganlah takut dengan hantu sbb hantu sebenarnya lebih takutkan kita....huhuhuhuhu

Friday, March 4, 2011

RASA NAK MENJERIT!!!

ARGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHhhhhhhhhhhhhh
hhhhhhhhhhh
hhhhhhhhhh
hhhhhh


....................................
.........................
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

fuhhh!!tp kpale still berserabut..