I made this widget at MyFlashFetish.com.

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA..NANTI DIAMBIL ORANG..

Friday, February 4, 2011

BERKATA BENAR ATAU HATI TERLUKA

Dalam setiap perhubungan, kita sering kali mengharapkan kejujuran dan keikhlasan dari pasangan kita.. Tapi, sejauh manakah kita akan jujur kepada pasangan kita dek kerana ingin menjaga dan tidak mahu melukai hati masing-masing.. Tetapi adakah penipuan itu akan terus-menerus kita lakukan akan tersimpan dan tersembunyi buat selama-lamanya dalam genggaman kita..Bagaimana pula jika penipuan itu terbongkar?!!


Fikirkan sejenak wahai penjaga hati pasangan sekalian, adakah lebih baik kita terus menipu pasangan kita atau kita berlaku jujur pada pasangan walaupun benda itu manyakitkan dan menyebabkan hati pasangan kita terluka?!!

Namun janganlah sesekali kita mempermainkan kepercayaan yang pasangan kita letakkan kepada kita..Ini kerana, jika sekali kita menipu mereka mungkin selama-lamanya mereka tidak akan mempercayai kita lagi..Dan akhirnya kedua-duanya terluka..

Penjaga hati pasangan sekalian,
Haruslah kita ingati jika penipuan kita terbongkar akan lebih menyakitkan, memedihkan, melukakan berbanding dengan kejujuran dan keikhlasan yang kita lakukan terhadap pasangan..

Ingatlah..
Jika kita menipu pasangan kita..Kita juga turut menipu diri sendiri..
Jangan biarkan diri anda terus menipu..Berkatalah benar..
Jujurlah pada pasangan anda..Jujurlah pada diri anda..

"Tanpa kejujuran perhubungan yang dibina tidak akan kekal kerana terpaksa menyimpan begitu banyak rahsia.."
(Dipetik dr google)

p/s:- kepada bakal suami AdB, jujurlah pada diri sendiri dan juga diri ini..hehe..

No comments:

Post a Comment

Mesti Komen