I made this widget at MyFlashFetish.com.

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA..NANTI DIAMBIL ORANG..

Friday, May 7, 2010

::Selepas Tertipu, dia yang Menipu dan Tipu

ketap....ketup....ketap....ketup......

Bunyi ini menandakan jari-jemariku sedang asyik menekan papan kekunci utk menekan beberapa huruf utk dijadikan sebuah cerita.

Kenapa xera memilih tajuk ini, kerana ada cerita menarik mengenai topik ini. Semalam setelah xera pulang dari menguruskan hal utk tamat belajar, xera telah di tarik (bukan menarik tangan, tetapi menarik menggunakan kata-kata) oleh seseorang untuk menceritakan mengenai produk mereka berbentuk kad. Perkara ini berlaku di stesen komuter Serdang.

"adik ni student or bekerja"... xera dengan selamba berkata "baru abis belajar" sambil terus berjalan, tetapi brother tersebut tetap memanggil sambil memaksa xera untuk mempromosikan barangan dia. Brother tu kata "kejap je dik, dua minit utk kita bercerita, duduk dulu, cerita berdiri ni penat pulak nanti.." dan xera dengan selamba membalas "dua minit aje ye, lebih dua minit tak nak dengar dah..."

Rupa-rupanya, mereka mempromosikan sejenis barangan berbentuk kad dan dengan kad tersebut kita boleh claim hasil dari kita shopping, claim duit tiket utk dapatkan reward dan boleh calim macam insurans (tak perlulah xera menyebut apa jenis kad mereka promosikan itu).

Tanpa sempat brother tu menyebut harga untuk jadi ahli, xera dengan 'slumber' kata "tadi kata dua minit aje kan, dah lebih masa ni.." brother tu balas "yeke, abang kata dua minit???" sambil memandang ke arah jam tangannya. Xera membalas semula "yelah, tadi kata dua minit kan, saya pun nak kena kejar masa nie, keylah ye..." sambil berlalu pergi dan mengucapkan terima kasih dan senyum kambing kerana aku telah berjaya menipu brother tu sebelum dia memaksa aku berdaftar jadi ahli.

Xera buat camtu bukan apa, cik kocek binti dompet pun kering, ini pulak nak kena keluarkan duit untuk mendaftar ahli. Nanti pulangan tak dapat pulak, lagi rugi. Nantilah kumpul duit beli takaful insurans terus, lagi senang.

No comments:

Post a Comment

Mesti Komen