I made this widget at MyFlashFetish.com.

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA..NANTI DIAMBIL ORANG..

Wednesday, May 19, 2010

::SEHARIAN AKU MERAYAU::

Pada Isnin yg lalu bertarikh 17 Mei 2010. Xera pergi menemani kawan baik xera (Nor Lela) utk mendaftar di KUIS. Xera pergi ke KUIS pun kerana ada urusan nak diselesaikan. Xera menemaninya sehingga jam 10 pagi dan terus ke asrama utk mendapatkan kunci.

Selepas menghantar brg ke biliknya, dia pergi pula menemani teman lelaki yg disayanginya utk menyelesaikan urusan tamat belajar. Tinggallah xera keseorangan di 1st Cafe menanti kawan xera (Kak Raihan Abd Rashid) utk menuntut janji belanja makan. (",). Sementara tunggu kak Raihan ada jugak yg berani mendekati xera utk bertanyakan di mana utk mendapatkan kunci. Rupa-rupanya mrk adalah pelajar baru yg ingin mendaftar. Xera ingatkan seorang saja yg dtg bertanya, rupanya dua org yg bertanya benda sama. Nasib baiklah tau kat mana nak dapatkan kunci, klu tak, sesat-baratlah student baru tu nanti...

Selepas sahaja urusan xera selesai, xera pergi pula ke Kajang. Alhamdulillah, sampai di Kajang tepat pada waktunya sebelum bank tutup. Dah lah tunggu bas sampai satu jam kat Kolej tu, tunggu komuter pown lame gak. Siap kena perli lg dgn pak cik jaga kaunter tu tyme nk beli tiket "berat sgt poket, penoh duit syiling". Nak je xera jawab dah memang tak de duit syiling, nak buat camne. Dah lah curi tulang, byk cerita lak. (Macam2 kerenah manusia nie) huhu..

Keluar je dari Bank Islam, laparlah pulak kena cari KFC nie. Ape lagi, jalanlah ke KFC berseorangan. Sambil2 tu usha kedai handphone jap. Macam murah je handphone idaman tu.

Alhamdulillah, dah kenyang baliklah. Jalan kaki lagi sampai KTM. Adoiiiii, kaki dah melecet, naik liflh. Naik turun Lif, bukak je pintu lif komuter dah sampai. Nasib Badan....

Sampai pula ke KTM Serdang, mcm beselah org jual kad serbu lg.. Xera pe lg, langsung tak pandang dan terus berjalan dgn selamba. Lagi sekali nasib xera, bas ke UPM Serdang dah ada depan mata. Memang amat bersyukurlah.

Memang xera rasa bersyukur sangat hari tu sbb selamat merayau sorang2, naik teksi kena caj 5ringgit jerk, sempat ke Bank Islam sebelum Bank tu tutup, sempat sampai ke KTM Kajang sebelum hujan, dapat kejar komuter, dpt kejar bas. ALHAMDULILLAH, segala urusan xera ketika itu dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment

Mesti Komen