I made this widget at MyFlashFetish.com.

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA..NANTI DIAMBIL ORANG..

Thursday, May 6, 2010

::TIADA TAJUK YG SESUAI UTK DIBUAT TAJUK::

Pabila jari mula menari-nari di atas papan kekunci komputer rumahku, pada ketika ini jam menunjukkan tepat jam 12.00 pagi bertarikh 6 Mei 2010.
Ini menunjukkan sudah hampir 2 bulan 2 hari atau dipendekkan cerita genap 62 hari xera berada di rumah dan meninggalkan kolej tempat xera belajar di bangi.
Dan esok jugalah tarikh xera akan kembali ke Kolej, bukan untuk mendaftar kembali tetapi untuk mengambil keputusan peperiksaan yang lepas dan mengisi borang tamat belajar untuk lebih melayakkan xera dan kawan-kawan yang lain untuk menjadi graduan.
Berbalik pada cerita asal:
Nak tau apa aktiviti xera semasa bercuti... h0h0h0...
xera langsung tidak berusaha mencari kerja untuk menamp0ng poket kosong xera sendiri, tidak seperti kawan-kawan xera yang lain semua beriya-iya mencari dan merebut peluang pekerjaan yang ada di depan mata.
Sebenarnya xera bukan tak nak mencari kerja tetapi xera ade target sesuatu. Ingatkan target tu dah dapat tyme bulan 4 lepas, tetapi ada masalah untuk diselesaikan sebelum mendapat target itu...
Biasalah, tak semua perkara mudah di dalam dunia ni kan..Bukan mudah untuk melakukan sesuatu perkara itu kan. Itulah antara pengajaran dan pengalaman yang xera dapat rasakan semasa cuti kali ini.
"Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-ranang ke tepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang lenang kemudian."

No comments:

Post a Comment

Mesti Komen