I made this widget at MyFlashFetish.com.

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA..NANTI DIAMBIL ORANG..

Wednesday, November 17, 2010

::MASALAH PROBLEM::

Hmmmm.. aGak LaMa tiDaK kU 'uPdaTe' bLog ini..
aGak bErHaBuk+BerSaWang=HaWaNg blOg nIe..
sEbeNarNyA tAk aDa iDeA nK 'cReAtE' kAt SiNi..
bUt, Hazirah iKuTKaN aJa JaRi-jEMarI nIe MeNarI-nari 'Shuffle' KaT KeYBoarD LapTop nIe..
(*!*)

Hmmm..
Masalah oh masalah..
Masalah Problem betOL..
Kenapalah masalah aku, aku sendiri tak boleh nk 'setelkan'..
Kalau masalah orang lain punyelah aku bagi nasihat bagai..
tang masalah sendiri.. Aduyaiiiiiiiiii.....
Susah bebona nk di'setelakn'..
apa nak jadilah..

Hmmm..
xpelah, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian..
Mungkin dengan masalah sendiri membuatkan kita lebih berfikir..
Membuatkan kita lebih matang..
Dan mungkin juga,
Masalah org lain kita tak rasa, dan kita sekadar nasihat..

Apa-apa pun kita semua memang tidak boleh lari dari berhadapan dengan masalah..
tidak kiralah masalah besar atau kecik..
Cuma kita mesti ada cara untuk menyelesaikannya..

INGATLAH!!!
KITA ADA YANG MAHA KUASA SEBAGAI TEMPAT MENGADU..

Hmmm..Mungkin ini sahaja yang dapat dikongsi untuk malam ini..
Hazirah pUn iKuTKaN SaHaJa rEnTaK JaRi nIe..
sEMuA iNi sEBaGaI PeRiNgaTan UnTuk DiRi Hazirah juGa..
WALLAHUALAM




Wednesday, May 19, 2010

::SEHARIAN AKU MERAYAU::

Pada Isnin yg lalu bertarikh 17 Mei 2010. Xera pergi menemani kawan baik xera (Nor Lela) utk mendaftar di KUIS. Xera pergi ke KUIS pun kerana ada urusan nak diselesaikan. Xera menemaninya sehingga jam 10 pagi dan terus ke asrama utk mendapatkan kunci.

Selepas menghantar brg ke biliknya, dia pergi pula menemani teman lelaki yg disayanginya utk menyelesaikan urusan tamat belajar. Tinggallah xera keseorangan di 1st Cafe menanti kawan xera (Kak Raihan Abd Rashid) utk menuntut janji belanja makan. (",). Sementara tunggu kak Raihan ada jugak yg berani mendekati xera utk bertanyakan di mana utk mendapatkan kunci. Rupa-rupanya mrk adalah pelajar baru yg ingin mendaftar. Xera ingatkan seorang saja yg dtg bertanya, rupanya dua org yg bertanya benda sama. Nasib baiklah tau kat mana nak dapatkan kunci, klu tak, sesat-baratlah student baru tu nanti...

Selepas sahaja urusan xera selesai, xera pergi pula ke Kajang. Alhamdulillah, sampai di Kajang tepat pada waktunya sebelum bank tutup. Dah lah tunggu bas sampai satu jam kat Kolej tu, tunggu komuter pown lame gak. Siap kena perli lg dgn pak cik jaga kaunter tu tyme nk beli tiket "berat sgt poket, penoh duit syiling". Nak je xera jawab dah memang tak de duit syiling, nak buat camne. Dah lah curi tulang, byk cerita lak. (Macam2 kerenah manusia nie) huhu..

Keluar je dari Bank Islam, laparlah pulak kena cari KFC nie. Ape lagi, jalanlah ke KFC berseorangan. Sambil2 tu usha kedai handphone jap. Macam murah je handphone idaman tu.

Alhamdulillah, dah kenyang baliklah. Jalan kaki lagi sampai KTM. Adoiiiii, kaki dah melecet, naik liflh. Naik turun Lif, bukak je pintu lif komuter dah sampai. Nasib Badan....

Sampai pula ke KTM Serdang, mcm beselah org jual kad serbu lg.. Xera pe lg, langsung tak pandang dan terus berjalan dgn selamba. Lagi sekali nasib xera, bas ke UPM Serdang dah ada depan mata. Memang amat bersyukurlah.

Memang xera rasa bersyukur sangat hari tu sbb selamat merayau sorang2, naik teksi kena caj 5ringgit jerk, sempat ke Bank Islam sebelum Bank tu tutup, sempat sampai ke KTM Kajang sebelum hujan, dapat kejar komuter, dpt kejar bas. ALHAMDULILLAH, segala urusan xera ketika itu dipermudahkan.

Friday, May 7, 2010

::Selepas Tertipu, dia yang Menipu dan Tipu

ketap....ketup....ketap....ketup......

Bunyi ini menandakan jari-jemariku sedang asyik menekan papan kekunci utk menekan beberapa huruf utk dijadikan sebuah cerita.

Kenapa xera memilih tajuk ini, kerana ada cerita menarik mengenai topik ini. Semalam setelah xera pulang dari menguruskan hal utk tamat belajar, xera telah di tarik (bukan menarik tangan, tetapi menarik menggunakan kata-kata) oleh seseorang untuk menceritakan mengenai produk mereka berbentuk kad. Perkara ini berlaku di stesen komuter Serdang.

"adik ni student or bekerja"... xera dengan selamba berkata "baru abis belajar" sambil terus berjalan, tetapi brother tersebut tetap memanggil sambil memaksa xera untuk mempromosikan barangan dia. Brother tu kata "kejap je dik, dua minit utk kita bercerita, duduk dulu, cerita berdiri ni penat pulak nanti.." dan xera dengan selamba membalas "dua minit aje ye, lebih dua minit tak nak dengar dah..."

Rupa-rupanya, mereka mempromosikan sejenis barangan berbentuk kad dan dengan kad tersebut kita boleh claim hasil dari kita shopping, claim duit tiket utk dapatkan reward dan boleh calim macam insurans (tak perlulah xera menyebut apa jenis kad mereka promosikan itu).

Tanpa sempat brother tu menyebut harga untuk jadi ahli, xera dengan 'slumber' kata "tadi kata dua minit aje kan, dah lebih masa ni.." brother tu balas "yeke, abang kata dua minit???" sambil memandang ke arah jam tangannya. Xera membalas semula "yelah, tadi kata dua minit kan, saya pun nak kena kejar masa nie, keylah ye..." sambil berlalu pergi dan mengucapkan terima kasih dan senyum kambing kerana aku telah berjaya menipu brother tu sebelum dia memaksa aku berdaftar jadi ahli.

Xera buat camtu bukan apa, cik kocek binti dompet pun kering, ini pulak nak kena keluarkan duit untuk mendaftar ahli. Nanti pulangan tak dapat pulak, lagi rugi. Nantilah kumpul duit beli takaful insurans terus, lagi senang.

Thursday, May 6, 2010

::TIADA TAJUK YG SESUAI UTK DIBUAT TAJUK::

Pabila jari mula menari-nari di atas papan kekunci komputer rumahku, pada ketika ini jam menunjukkan tepat jam 12.00 pagi bertarikh 6 Mei 2010.
Ini menunjukkan sudah hampir 2 bulan 2 hari atau dipendekkan cerita genap 62 hari xera berada di rumah dan meninggalkan kolej tempat xera belajar di bangi.

Thursday, April 29, 2010

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM......

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....
Dengan ini xera sbg penulis blog ini merasmikan sendiri Blog ini tepat pd jam 1607 bertarikh 29 April 2010...
utk permulaan ini xera ingin berkongsi sebuah lagu yg dinyanyikan oleh Ramli Sarip iaitu lagu Kau Yang Satu
Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Maha Penyayang
Tiada hidup TanpaMU
Kaulah Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan Dunia Akhirat
Tiada aku TanpaMU
Bilaku Rasa Pilu
Bilaku Rasa Resah
Bilaku kekosongan
Kau Tempatku Mengadu
Oh Tuhan Yang Satu
Engkaulah Tuhan Yang Satu
Segala Puji-Pujianku
Tujukan PadaMU...PadaMU
Dan Hidup dan Matiku hanyalah
UntukMU...UntukMU...UntukMU...
Maha Suci Allah "Aku Bersaksi Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah"...
sekian terima kasih